Total Pageviews

Monday, November 22, 2010

Aktiviti Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Untuk murid lemah menggunakan ABM yang telah dibuat.

Hasil Pembelajaran      : Menyukat isipadu cecair menggunakan unit-unit bukan piawai.
Alat dan Bahan:Air,bekas aiskrim,jag air,botol minuman,mangkuk,cawan kertas                                          milo,borang kumpulan dan kertas majong.
Langkah-langkah        :
1) Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai lima orang ahli.
2) Murid diminta memilih seorang ketua kumpulan merangkap pencatat.
3) Guru memberikan setiap kumpulan sebuah bekas yang berisi air berwarna dan beberapa cawan kertas milo.
4) Guru memberikan penerangan kepada murid sebelum memulakan aktiviti.
5) Murid akan memulakan aktiviti dengan menganggar kapasiti cawan kertas milo bagi bekas yang berisi air.
6) Ketua kumpulan merangkap pencatat akan mencatat bilangan anggaran kapasiti cawan kertas milo ke dalam borang yang telah diberikan.
7) Selepas itu,pertandingan dimulakan dengan setiap ahli kumpulan akan menuang air dalam bekas ke dalam cawan kertas milo secara bergilir-gilir sehingga air di dalam bekas itu habis dituang ke dalam cawan kertas. Pencatat akan merekod ukuran atau bilangan cawan kertas yang sebenar di dalam borang yang telah  diberikan kepada pencatat.
8)  Murid berbincang bersama ahli kumpulan untuk merekod penemuan mereka dalam penyataan di bawah jadual yang telah disediakan.
Contoh : Isipadu air di dalam bekas aiskrim adalah sama dengan kapasiti............ cawan   kertas milo.
9)  Pencatat merekod kesemua maklumat yang diperolehi ke dalam jadual di atas kertas majong yang telah ditampal di dinding agar semua murid dapat melihat hasilnya.
10) Murid diminta untuk berbincang mengenai kesemua bekas tersebut ( botol minuman,jag air,bekas aiskrim dan mangkuk ),yang mana satu mempunyai kapasiti paling kecil dan paling besar.


Penglibatan murid sepanjang aktiviti berlangsung :

1)
ABM yang digunakan oleh murid. Setiap kumpulan diberikan sebuah bekas yang berisi air yang berwarna serta beberapa cawan kertas milo.
2)
 Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk membuat anggaran kapasiti cawan kertas berdasarkan air di dalam bekas. Pencatat merekod ke dalam borang yang diberikan.
3)
Murid menuang air dari bekas ke dalam cawan kertas milo secara bergilir-gilir sehingga air di dalam bekas habis dituang ke dalam cawan kertas milo. Pencatat akan mencatat dengan symbol ‘1’ bagi setiap cawan kertas yang telah penuh berisi air.
4)
Ahli kumpulan yang sedang menunggu giliran untuk menuang air ke dalam cawan kertas milo.
5)
Setelah selesai,pencatat akan mengisi jadual di atas kertas majong yang ditampal di hadapan untuk dilihat oleh semua murid.
6)
Murid berbincang mengenai kesemua bekas  yang mana mempunyai kapasiti yang paling kecil dan paling besar.




Aktiviti Pembelajaran Untuk murid cemerlang menggunakan ABM yang telah dibuat.
Hasil Pembelajaran      : Menyukat isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai.
Alat dan Bahan      :Air bewarna,bekas aiskrim,jag air,besen,borang kumpulan dan kertas                                  majong.
Langkah-langkah        :
1)  Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai lima orang ahli.
2)  Murid diminta memilih seorang ketua kumpulan merangkap pencatat.
3)  Guru memberikan setiap kumpulan sebuah bekas yang berisi air berwarna dan beberapa silinder penyukat.
4)  Guru memberikan borang untuk dilengkapkan kepada setiap kumpulan.
5)  Guru memberikan penerangan kepada murid sebelum memulakan aktiviti.
6)  Murid akan memulakan aktiviti dengan menganggar isipadu cecair dalam unit liter bagi bekas yang berisi air.
7)  Ketua kumpulan merangkap pencatat akan mencatat anggaran ukuran dalam liter ke dalam    borang yang telah diberikan.
8)  Selepas itu,pertandingan dimulakan dengan setiap ahli kumpulan akan menuang air dalam silinder penyukat secara bergilir-gilir sehingga air di dalam bekas itu habis dituang ke dalam silinder penyukat. Pencatat akan merekod isipadu cecair (dalam liter) yang sebenar di dalam borang yang telah  diberikan kepada pencatat.
9)   Murid berbincang bersama ahli kumpulan untuk merekod penemuan mereka dalam penyataan di bawah jadual yang telah disediakan.
Contoh : Isipadu air di dalam bekas aiskrim adalah ........... liter.
10)  Pencatat merekod kesemua maklumat yang diperolehi ke dalam jadual di atas kertas majong yang telah ditampal di dinding agar semua murid dapat melihat hasilnya.
11)  Murid diminta untuk berbincang mengenai kesemua bekas tersebut ( jag air,bekas aiskrim dan besen ),yang mana satu mempunyai isipadu yang paling banyak dan paling sedikit.
12)  Guru membimbing murid memahami unit matrik bagi isipadu cecair dan menunjukkan mereka bahawa 1 liter bersamaan dengan 1000 mililiter.


Penglibatan murid sepanjang aktiviti berlangsung :

1)
ABM yang disediakan oleh guru untuk murid menjalani aktiviti P&P.
2)
Setiap kumpulan diberikan satu bekas berisi air berwarna dan beberapa buah silinder. Pencatat bersedia mencatat bilangan silinder yang diisi dengan 1 liter air.
3)
Murid menuang air ke dalam silinder penyukat secara bergilir-gilir sehingga air di dalam bekas habis di tuang ke dalam silinder penyukat dengan ukuran 1 liter.
4)
Murid menunggu giliran untuk menuang air ke dalam silinder penyukat.
5)
Pencatat melengkapkan jadual berdasarkan hasil aktiviti yang telah dijalankan di atas kertas majong yang ditampal didinding.
6)
Murid berbincang mengenai kesemua bekas  yang mana mempunyai isipadu cecair yang banyak dan sedikit.



No comments:

Post a Comment